Thursday, December 20, 2012

Pengenalan

         Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung-pengunjung blog pendidikan ini. Blog ini dibina adalah khas bagi pelajar-pelajar tingkatan 2 yang mengambil subjek Sains. Blog ini juga telah dibina bagi memberi lebih kefahaman kepada adik-adik kerana segala kandungan didalam blog ini telah dirumuskan secara mendalam dan terperinci bagi kefahaman anda semua.

       Apa yang menariknya didalam blog ini terdapat beberapa ciri-ciri utama bagi melengkapkan kefahaman adik-adik, antaranya ciri Smart Note dimana kami telah merumuskan setiap satu persatu bab yang terdapat dalam buku teks sekolah. Nota yang disediakan juga ringkas dan padat malah boleh dijadikan rujukan penting bagi adik-adik. Ciri Smart Exercise dimana adik-adik boleh menguji minda adik-adik dengan menjawab soalan-soalan bersifat latih tubi bagi setiap bab. Smart Exercise ini lebih akan mendorong adik-adik untuk berfikir secara mendalam dan cepat. Selain itu juga, kami telah meletakkan satu ciri terpenting iaitu Smart Test, dimana adik-adik boleh menguji tahap kefahaman adik-adik secara menyeluruh bagi setiap bagi dimana kami telah menyediakan dan mengumpulkan kompilasi-kompilasi soalan peperiksaan lepas bagi membantu adik-adik lebih faham.


   Oleh itu, diharapnya adik-adik dapat terus berada dialam blog ini untuk menimba ilmu dan kefahaman dalam Sains Tingkatan 2, diharapnya segala maklumat didalam blog ini adik-adik dapat guna sepenuhnya.
Selamat berjaya ! :)

0 comments:

Post a Comment

Kenali Kami !